Ahad, 13 September 2015

IKS luar bandar

i. INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

Industri kecil dan sederhana (IKS) merujuk perniagaan atau perusahaan yang mempunyai modal berbayar RM25,000 dan menggunakan antara 50-200 orang pekerja. Kebanyakan IKS di negara ini berfokus kepada perusahaan makanan,tekstil,batik,logam dan sebagainya. Walaupun IKS ini berpontensi yang luas dalam konteks negara kita,tetapi ia menghadapi banyak cabaran dalam usaha pembangunan.Terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

Terdapat juga definisi yang diberikan mengikut aspek-aspek tertentu sesuatu jenis perniagaan seperti nilai output, jumlah kerja yang diupah, saiz asset tetap, modal, jualan dan sebagainya. Sebuah negara menggunakan saiz piawai dan kriteria yang berbeza sebagai pengukuran dan pentaksiran IKS.


ii. TAHAP PEMBANGUNAN  INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) LUAR BANDAR

 Pelbagai program latihan dan pembangunan telah disediakan oleh kerajaan kepada usahawan dan pelabur yang benar-benar cenderung mengusahakan aktiviti IKS luar bandar.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan IKS luar Bandar ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).  Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk pengusaha IKS dan orang ramai . Antara program yang dijalankan oleh agensi ini termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program peningkatan kemahiran, dan sebagainya. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan.

Secara khususnya hukum ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara   tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius melalui usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin  meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Tuntasnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini merupakan serampang dua mata kerana  kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan  rakyat di negara Malaysia yang ini.

Antara program yang ditawarkan ialah :
          1.    Latihan Keusahawanan
          2.    Skim Latihan Perintisan
          3.    Program Promosi Pemasaran
          4.    Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
          5.    Program Pembangunan Masyarakat Setempat
          6.    Program Makanan Tambahan Seimbang

IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad Negara melalui agensi-agensi kerajaan. Berbanding firma besar, IKS memerlukan perlaksanaan pengurusan yang lebih tersusun.

IKS memiliki sumber tabungan modal dan sumber pekerja yang terhad dan secara jauh lebih kecil berbanding dengan firma besar bertaraf multinasional. Justeru itu, IKS lebih memerlukan perlaksanaan sistem pengurusan yang berkesan bagi mengelakkan sebarang kesilapan dalam operasi mereka. Usahawan IKS perlu mengenalpasti keutamaan-keutamaan dari segi pengagihan sumber kepada aspek operasi yang lebih memerlukan dan merancang aspek yang kurang memerlukan perhatian bagi perancangan masa depan. IKS bukan sahaja memerlukan pengurusan, tetapi perlaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti tinggi. Perlaksanaan IKS bergantung kepada sifat-sifat usahawan yang merupakan kunci bagi menentukan hala tuju perlaksanaan pengurusan dalam perniagaan IKS. Dengan menceburi Industri Kecil dan Sederhana (IKS), ianya akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk.


iii. KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
     (IKS) LUAR BANDAR TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI

IKS dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat terutamanya penduduk setempat. Dapat meningkatkan permintaan terhadap bahan-bahan mentah termasuk hasil dalam sektor pertanian dan perikanan apabila membangunkan industri kecil dan sederhana. Industri kecil dan sederhana merupakan kegiatan ekonomi yang berpotensi jika dimajukan di kebanyakan kawasan. Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar. Mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.

Jelasnya, industri kecil dan sederhana sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar. Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak. Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.

Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah  pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.. Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.





iv. HALANGAN / CABARAN IKS LUAR BANDAR

Cabaran yang dihadapi oleh IKS ini dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat  pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual. Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini. Selain itu,industri ini menghadapi cabaran dari segi kemahiran dan latihan pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di kawasan luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha –pengusaha yang kurang berpendidikan. Mereka menggunakan teknologi teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya masalah  dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi masalah. Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan,misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu,pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja.


v. SISTEM SOKONGAN IKS LUAR BANDAR

Pengalaman pihak kerajaan dan institusi-institusi kewangan mengenali dan memahami masalah yang dihadapi oleh sektor industri kecil sederhana (IKS) di Malaysia membolehkan institusi-institusi ini mengemukakan skim-skim sokongan bagi membangunkan sektor perniagaannya. Kerajaan mengambil inisiatif utama dalam membantu sektor perniagaan kecil. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan kementerian khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan berkanun SMIDEC atau Small Business Development Corporation di bawah Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Antara-bangsa. Kedua-dua institusi ini bertanggungjawab membentuk dasar-dasar kewangan dan pencukaian bagi menyelaraskan sistem bantuan sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana. Bantuan-bantuan sokongan yang disediakan mengenakan beberapa syarat tertentu dengan tujuan menjamin keberkesanan sesuatu skim yang ditawarkan. Syarat-syarat ini boleh jadi dalam bentuk jaminan dan pengalaman dalam bidang perniagaan atau sasaran-sasaran kegiatan ekonomi yang diberi keutamaan oleh pihak kerajaan.


Bantuan sokongan yang disediakan oleh institusi kewangan dan pihak kerajaan dapat dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:
1. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran
2. Kemudahan pembiayaan dan kewangan
3. Khidmat runding cara
4. Skim latihan keusahawanan
5. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Bantuan dalam bentuk peluang-peluang perniagaan dan pemasaran diberi melalui badan-badan dan agensi-agensi kerajaan. Peluang-peluang perniagaan dan pemasaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
1. Peringkat dalam negara
2. Peringkat antarabangsa

Pada peringkat dalam negara, terdapat konsep yang khusus bagi membantu pengusaha-pengusaha IKS mendapatkan peluang-peluang perniagaan. Agensi-agensi dan badan kerajaan yang terlibat dengan konsep payung ini ialah Persatuan Kontraktor yang sebelum ini dikenali sebagai PESAKABUMI di bawah Kementerian Kerja Raya, Majlis Amanah Rakyat atau MARA melalui Kayu Sedia, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian melalui Unit Penyertaan Bumiputera, FAMA, Bank Pembangunan Malaysia Berhad melalui Besta Distributors dan Prosper melalui Kementerian Pembangunan Usahawan. Pada peringkat antarabangsa, peluang-peluang perniagaan dan pemasaran dikendalikan oleh MATRADE atau Perdagangan Antarabangsa Malaysia. MATRADE melalui rantaian pesuruhjaya perdagangannya di seluruh dunia termasuk di beberapa buah negara Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Timur Tengah, Asia Timur dan Asia Tenggara menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang import dan eksport di peringkat antarabangsa. 

Kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal pusingan perniagaan disediakan oleh institusi-institusi kewangan dan agensi serta badan kerajaan yang tertentu sahaja. Institusi-institusi kewangan terdiri daripada bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat kewangan, syarikat-syarikat sewa pajak dan syarikat pemfaktoran. Syarikat-syarikat dan bank yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan yang menjalankan urusan pinjaman ditakrifkan sebagai institusi kewangan. Syarikat-syarikat yang terlibat ialah MIDF atau Malaysian Industrial Development Finance dan Pembangunan Leasing Sendirian Berhad. Bank-bank yang berkaitan ialah Bank Pertanian Malaysia Berhad, Industrial Development Bank, Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Sabah Development Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Bank Islam Malaysia Berhad yang turut terlibat dalam memberi kemudahan kewangan kepada sektor perniagaan dan perindustrian bagi mengukuhkan lagi kegiatan urusan bank dan perniagaan secara keseluruhan. Institusi-institusi kewangan menyediakan lapan kemudahan utama untuk kegunaan perniagaan iaitu:
1. Overdraf Bank
2. Pinjaman Bermasa
3. Skim Pinjaman Khas (CGC)
4. Tabung Pelaburan Baru
5. Kemudahan Diskaun Akaun Belum Terima
6. Surat Kredit
7. Sewa Pajak
8. Sewa Beli

Kemudahan pinjamkan bermasa ini disediakan oleh bank-bank perdagangan dan syarikat kewangan dan ini adalah pinjaman biasa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut. Pinjaman ini dikenakan faedah serta memerlukan cagaran. Tempoh masa pinjaman adalah antara 1 hingga 5 tahun. Skim Pinjaman Khas ini adalah suatu kemudahan kewangan yang disediakan khusus untuk pembangunan sektor perniagaan kecil. Skim ini dianjurkan oleh Kerajaan Pusat dan dikawal sepenuhnya oleh Perbadanan Jaminan Kredit. Di bawah skim pinjaman khas ini, tujuh kemudahan ditawarkan iaitu:
1. Skim Jaminan Usahawan Kecil antara RM 10 000 hingga RM 50 000.00.  Tempoh pinjaman ialah antara 1 hingga 5 tahun. Kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak kadar faedah pinjaman asas dicampurkan dengan 1.5% setahun.
2. Skim Jaminan Utama Baru. Skim ini khusus bagi menggalakkan pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan sektor yang diutamakan oleh Kerajaan Malaysia.
3. Skim Jaminan Untuk Perbankan Tanpa Faedah. Pihak CGC memberikan jaminan pinjaman di bawah sistem perbankan Islam yang ditawarkan oleh Bank-bank Perdagangan yang mempunyai kaunter khas perbankan Islam.
4. Skim Jaminan Anjal. Skim ini memberi jaminan pinjaman kepada usahawan di bawah Tabung Usahawan Kecil dan Sederhana 2 (TIKS), Tabung Pemulihan Usahawan Kecil dan Sederhana (TPIKS), Tabung Usahawan Baru (TUB), dan Tabung Untuk Makanan (TUM).
5. Skim Jaminan Bersepadu. Skim ini khusus untuk sektor berasaskan besi, plastik, elektrik dan elektronik, kimia dan bahan farmasi.
6. Skim Jaminan Laluan Terus. Di bawah Skim ini permohonan dibuat terus kepada CGC. Sektor yang boleh memohon ialah pembuatan, pemasangan dan pemprosesan produk, aktiviti import eksport, pembaik pulih dan francais.
7. Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia. Tabung ini bertujuan membantu golongan belia menceburi bidang perniagaan.

Tabung Pelaburan Baru adalah suatu kemudahan pinjaman untuk sektor perniagaan dan perindustrian. Kemudahan ini ditawarkan oleh bank-bank perdagangan dengan kadar faedah yang rendah berbanding kadar faedah pinjaman biasa. Skim ini dilancarkan dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Diskaun Akaun Belum Terima ialah suatu kemudahan iaitu bank membeli segala bil-bil jualan secara kredit daripada pelanggan dengan mendiskaun pada kadar yang tertentu. Hanya bank-bank perdagangan yang tertentu sahaja seperti Maybank Factoring yang menawarkan kemudahan ini. Kadar diskaun yang dikenakan bergantung kepada kemungkinan bank mendapat balik segala hutang. Kemudahan ini dapat menolong mengatasi masalah modal pusingan dalam perniagaan.

Letter of Credit (LC) ini adalah suatu kemudahan yang disediakan oleh Bank Perdagangan dengan mendahulukan bayaran kepada pengeksport luar negeri yang menuntut bayaran daripada pengimport di Malaysia. Bank akan mengenakan faedah serta caj perkhidmatan mengikut tempoh masa yang dipohon oleh pelanggan. Kemudahan ini diguna-kan oleh pengimport bahan-bahan mentah dan barangan dagangan.

Kemudahan sewa beli ini ialah secara pelanggan membayar beransur-ansur setiap bulan bagi membeli sesebuah aset. Hak milik aset tersebut dituntut bersama oleh syarikat kewangan dan pelanggan berkenaan selagi bayaran ansuran belum terjelas. Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah wang yang dipinjam bagi membeli aset tersebut. Kemudahan ini digunakan oleh pelanggan yang ingin mengguna dan memiliki sesebuah aset tetapi tidak mempunyai wang yang diperlukan bagi membeli secara tunai.

Kemudahan pembiayaan oleh pihak kerajaan melalui agensi dan Kementerian tertentu memberikan alternatif kepada pengusaha kecil bagi mencari sumber-sumber pembiayaan. Agensi yang ulung ialah Majlis Amanah Rakyat. Kementerian yang terlibat dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan ialah Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MARA menyediakan kemudahan pinjaman kepada pengusaha-pengusaha bumiputera untuk modal tetap dan modal pusingan. Pemberian pinjaman ini tertakluk kepada beberapa syarat tertentu dan had pinjaman ditetapkan sehingga RM 250 000.00. Kementerian Belia dan Sukan pula menyediakan kemudahan pembiayaan modal perniagaan di bawah skim Rancangan Belia Niaganya. Had pinjaman sehingga RM 30 000.00 ditawarkan mengikut penilaian daya maju projek yang dilaksanakan.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membangunkan industri kampung. Kemudahan yang ditawarkan ialah membiayai pembelian aset tetap seperti mesin pembinaan bangunan kilang. Penubuhan Bank Islam yang pertama di Malaysia pada tahun 1984 membawa perspektif yang lebih meluas dalam soal pembiayaan kewangan dalam urusan perniagaan atau muamalat. Pembiayaan dalam Islam terdiri daripada tiga kaedah utama yang boleh digunakan dalam perniagaan dan perindustrian iaitu
  
Syarikat atau persyarikatan ialah konsep penyertaan ekuiti yang melibatkan lebih daripada dua pihak mengusahakan sesebuah projek perniagaan atau perindustrian. Pihak-pihak yang terlibat dalam syarikat atau persyarikatan ini akan menyumbangkan bahagian modal masing-masing mengikut perjanjian yang sudah disetujui daripada segi sumbangan modal wang dan tenaga kerja di kalangan ahli-ahli persyarikatannya ini.

Akta Bank Islam dan pindaan akta tersebut dalam Dasar Belanjawan 1987 membuka peluang ke arah penubuhan institusi dan badan kewangan di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Khidmat runding cara disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya dan institusi-institusi pengajian tinggi. Di samping itu sektor swasta juga turut menawarkan perkhidmatan ini. Agensi-agensi yang menyediakan khidmat runding cara ini.

Institusi-institusi Pengajian Tinggi yang menyediakan khidmat runding cara ialah:
1. Unit Penyelidikan dan Perundingan Perindustrian (IRCU), Universiti Sains Malaysia
2. Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
3. Pusat Pembangunan Perusahaan Kecil (SBDC), Universiti Pertanian Malaysia
4. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Universiti Teknologi MARA

Agensi-agensi kerajaan yang disebutkan di atas memberikan khidmat nasihat daripada segi pengurusan dan perkhidmatan teknikal. Agensi-agensi tertentu mengenakan bayaran minimum untuk kemudahan khidmat nasihat ini. MARDI memberikan khidmat nasihat di bawah skim kilang bimbingannya.

Institusi-institusi pengajian tinggi menyediakan khidmat nasihat dan penyelidikan bagi sektor perkilangan dan pembuatan. Inisiatif utama dijalankan oleh Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. Perlaksanaan konsep inkubator perindustrian dipelopori oleh Universiti Malaya. Sementara itu Universiti Sains Malaysia dengan Unit Perkhidmatan Perindustriannya sudah menyediakan khidmat runding cara dan penyelidikan bagi sektor perindustrian. Institusi-institusi pengajian tinggi yang lain mempunyai bahagian seperti MEDEC di ITM dan pusat perniagaan kecil di UPM menawarkan khidmat nasihat daripada segi pengurusan perniagaan.

Kemudahan kursus-kursus latihan keusahawanan adalah bantuan sokongan secara tidak langsung bagi membangunkan sektor perniagaan kecil. Kursus-kursus keusahawanan ini merangkumi kursus-kursus yang khusus dalam aspek-aspek pengurusan yang tertentu. Kedua-dua, kerajaan dan sektor swasta menawarkan kemudahan bagi mengikuti kursus-kursus keusahawanan ini. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam mengendalikan kursus keusahawanan ini ialah:
1. Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC, UiTM)
2. Pusat Daya Pengeluaran Negara (NPC)
3. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 
4. Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
5. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

Badan-badan profesional seperti Institut Pemasaran Asia (AIM), Institut Pengurusan Malaysia (MIM), Institut Pengurusan Personel Malaysia (MPIM) dan Syarikat-syarikat Rundingan turut mengendalikan kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan dan keusahawanan. Industri ini perlu diberi sokongan dan galakan agar menjadi satu kompenen dalam sumbangan kepada KDNK negara. 


vi. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS
     LUAR BANDAR

Langkah-langkah yang digerakkan pihak kementerian untuk membawa mereka ke dalam pasaran lebih besar. Kementerian ini telah merangka pelbagai strategi untuk meningkatkan pasaran usahawan luar bandar ke peringkat lebih global, antaranya menerusi:
i. Program membina dan membaik pulih premis perniagaan mereka sebagai asas untuk 
   usahawan menghasilkan produk berkualiti tinggi.
ii. Program Conversion untuk melahirkan usahawan dalam kalangan bekas pelajar, 
   golongan profesional dan pekerja bukan teknikal.
iii. Membangunkan Pusat Pembangunan Reka Bentuk (DDEC).

iv. Perkongsian pintar antara agensi-agensi kementerian dengan institusi pengajian tinggi       awam dan swasta, agensi awam lain dan pihak swasta bagi membantu usahawan sedia    ada meningkatkan produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan yang mereka   tawarkan.
v. Merancakkan lagi rangkaian program Mentor dan Mentee.
vi. Meneruskan program pembiayaan dan memastikan usahawan-usahawan berpotensi 
    dibantu dari segi modal dan kepakaran.
vii. Mewujudkan Pusat Sehenti dengan pelbagai kemudahan dan inisiatif untuk kemudahan 
     para usahawan desa seperti Rural Transformation Centre (RTC) dan Mini RTC.

Kesimpulannya, pembangunan luar Bandar akan dipergiatkan bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar. Bagi menigkatkan pendapatan dan kualiti hidup ini, masyarakat luar bandar perlulah membangun dari segenap bidang yang diceburu. Contohnya dalam bidang pendidikan, mereka perlulah setanding dengan masyarakat bandar supaya jurang ketidaksamaan dapat dikurangkan. Transformasi dalam pembangunan luar bandar diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang menarik, maju dan menguntungkan melalui penduduk yang dinamis dan kreatif. Nilai ini amat bertepatan dengan pembangunan dalam sektor pelancongan di kawasan luar bandar. Pembangunan sektor pelancongan di luar bandar ini akan memberikan banyak faedah kepada masyarakan itu sendiri. Masyarakat luar bandar juga haruslah memiliki kualiti yang kompetitif setanding dengan masyarakat luar bandar terutama dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, peranvangan strategik, kebolehan penyelesaian masalah dan
keyakinan untuk berjaya. 

Pembangunan luar bandar ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian pembangunan fizikal yang menyeluruh, menuju ke arah negara maju tahun 2020. bagi mencapai hasrat besar ini penduduk desa mesti berubah sikap dari mentaliti subsidi kepada individu yang mempunyai daya saing dan daya maju tanpa 
menunggu bantuan dari kerajaan. 

Secara umumya, pembangunan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar. Hal ini penting untuk menjamin masa depan generasi masa hadapan penduduk luar bandar. Oleh itu, semua pihak sama ada pihak kerajaan ataupun penduduk luar bandar itu sendiri perlu sentiasa melakukan perubahan yang positif agar masyarakat luar bandar tidak lagi dianggap golongan yang pasif. Selain itu, kerjasama diantara semua pihak turut penting agar pembangunan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan pembangunan yang dilakukan adalah secara berterusan.

Rujukan
Aziz Mahmud. Malay Entrepreneurship Problem in Development. Kuala Lumpur: SocioEconomic Research Unit, 1981.

Abdul Rahim. Develpoing Indigenous Entrepreneurship, (Unpublished Masters Thessis). New York: Cornel University, 1974.

Bank Negara Malaysia, Credit Guarantee Corporation.
Yep Putih. Keusahawanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rujukan Tambahan Internet

www.bumigemilang.com/karangan-4, diakses pada 28 sep 2015





pengajianamprausmkas/iks-cabaran-iks-di-malaysia.html Rohana Binti Othman SMK Agama Sibu, Sarawak